Setulus hati, seikhlas budi
daripada Cikgu Nisya buat putera-puteri sayang.
Friday, 28 August 2015
Wednesday, 26 September 2012
Tips menjawab soalan prosedur kerja
Peperiksaan Percubaan SPM 2012 telah berlalu. Ramai pelajar saya yang masih belum menguasai bahagian B dan C. Bagi soalan prosedur kerja (Bahagian B), kenalpasti prosedur kerja apakah yang ditanya oleh soalan. Di sini saya kongsikan bersama tips bagaimana untuk menjawab soalan ini (berdasarkan soalan memasak dan menghidang).
Untuk menjawab soalan “Prosedur Kerja”, ada
beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, antaranya:
1. Waktu hidangan
|
Hidangan
|
Waktu
|
|
Sarapan
|
7.30 pg -8.30 pg
|
|
Minum Pagi
|
10.00 pg – 10.30 pg
|
|
Brunch
|
10.30 pg – 11.30 pg
|
|
Makan Tengahari
|
12.00 tgt – 1.30
ptg
|
|
Minum Petang
|
4.00 ptg -6.00 ptg
|
|
Makan Malam
|
7.00 mlm – 8.00 mlm
|
|
Supper / Minum Malam
|
Selepas 10.00 mlm
|
2. Peruntukan masa
a)
2
jam – untuk menu ringkas seperti menu sarapan, minum pagi, brunch, minum petang
dan supper minum malam.
b)
3
jam – untuk menu yang banyak masakan seperti menu makan tengahari, makan malam
dan menu hidangan keraian.
3. Kehendak soalan
a)
Baca
dan fahami kehendak soalan. Sesetengah soalan hanya mahukan seorang sahaja yang
melakukan prosedur kerja dan ada juga soalan mehukan 2 orang membuat prosedur
kerja.
b)
Contoh
soalan:
i.
Anda
dikehendaki membuat prosedur kerja bagi menu minum petang tersebut.
·
Ini
bermaksud hanya SATU (1) sahaja
prosedur kerja yang perlu dibuat.
ii.
Rancangkan
prosedur kerja bagi anda dan rakan anda untuk menyiapkan menu tersebut.
·
Ini
bermaksud anda perlu membuat DUA (2)
prosedur kerja iaitu satu untuk anda dan satu lagi untuk rakan anda.
·
Bahagikan
menu yang anda ingin rancangkan prosedur kerja, dan menu selebihnya akan
dirancangkan prosedur kerja oleh rakan anda.
·
Masa
untuk memulakan prosedur kerja bagi anda dan rakan anda adalah SAMA hanya masakan sahaja yang
berlainan.
4. Kaedah memasak
a)
Perhatikan
senarai masakan dan tentukan kaedah memasak bagi setiap masakan.
b)
Mendahulukan
prosedur kerja masakan yang mempunyai tempoh masa yang agak lama seperti
mengukus, membakar, memanggang, merenih dan merendidih.
c)
Bagi
masakan yang menggunakan kaedah memasak yang cepat seperti menggoreng, merebus,
mencelur dan persediaan sejuk, prosedur kerja bagi masakan tersebut perlu
dilakukan selepas prosedur kerja bagi menu yang menggunakan kaedah memasak yang
menggunakan kaedah memasak yang memakan masa yang lama.
5. Format
a)
Persediaan
awal
·
Menyediakan
bahan dan peralatan untuk memasak.
b)
Peruntukan
masa
·
Masa
mula dan masa akhir
·
Kesesuaian
tempoh masa
·
Masa
yang berurutan
c)
Catatan
masakan
·
Mencatat
semua masakan
·
Memasak
ikut urutan yang sesuai dgn kaedah memasak
·
Membuat
penerangan ringkas
d)
Menghias
dan menghidang
e)
Mengemas
dan mencuci meja unit
·
Mencuci
peralatan memasak
·
Mengemas
dan menyimpan peralatan memasak yang telah digunakan.
·
Menyapu
dan mop lantai
·
Membuang
sampah
Tuesday, 11 September 2012
Bantuan zakat 2012
Penyampaian bantuan zakat daripada Pejabat Zakat Negeri Kedah dan Kakitangan Islam Intel (diseliakan oleh AJK Surau KMO) kepada 100 org lebih pelajar yang memerlukan di surau SMK Lunas pada 12 Ogos 2012 yg lalu, diharap dapat memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri 2012.
Friday, 13 July 2012
Sesal tak sudah
Salam.
Sekarang ni dah masuk bulan Julai. Sepatutnya semua kerja-kerja PBS dah selesai time mcm ni. Tapi tahun ni tah kenapa macam ada yang tak kena? Bukan satu subject sahaja yang problem, tapi hampir semua subject yang ada PBS, cikgu-cikgi terpaksa kejar-mengejar anak-anak murid.
Bulan Ogos dah nak Trial Exam. Sebut tentang trial exam ni, saya teringat seorang student katering saya yang dulu. Ada sorang ni, mmg selalu skor A dalam katering. Selepas trial exam, dia jarang-jarang datang ke sekolah kerana katanya nak study sorang-sorang. Kawan-kawan di sekolah pula mendapat pelbagai latih-tubi tanpa letih.
Bila result SPM keluar, saya terkejut, dia dapat B+ sahaja untuk subject saya. Saya yang menangis tak sudah hingga ke saat ini. Saya sangat sayang kan dia dan amat mengharap dia dapat yang terbaik. Ibarat bercinta, separuh nyawa. Bila break, merana sesal tak sudah. Macam tu yang saya rasa. Dan saya merasakannya hingga ke saat ini. Saya masih mencari-cari di manakah silapnya.
Untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan SPM pada tahun ini, jangan sesekali nak memonteng selepas trial exam. Biasanya cikgu-cikgu akan dapat pelbagai tips dan soalan-soalan ramalan utk SPM. Jadi, datanglah ke sekolah untuk membuat latih-tubi soalan-soalan tersebut. Anda tak rugi, malah bertambah ilmu yang ada.

Sunday, 29 April 2012
Kek Coklat Moist (Modul P&P T5)
Ini Kek Coklat Moist untuk Cikgu Suzie (ganti kek aritu yg bantat). Saya bake siap-siap di rumah, kemudian menghiasnya di Bengkel Katering & Penyajian. Dok meralit tengok student buat Soto Ayam, tak sedar jam dah 1.20 ptg. Cepat-cepat saya cover coklat fudge atas kek, ambil masa 5 minit sahaja. Mmg x berapa cantik sbb nak cepat! Apa pun, Cikgu Suzie kata SEDAP!!!
Saya guna resepi dalam modul Katering Tingkatan 5. Cuma ubah suai krim coklat kepada resepi saya. (suka-suka ubah resepi). Resepinya macam ni:
Bahan-bahan:
200g tepung gandum
35g serbuk koko
1 1/2 cmt soda bikarbonat
1 cmt nescafe (x mau pun takpa)
270g mentega
300g gula kastor (saya guna gula perang, ubah resepi ikut suka jer)
6 biji telur ayam
1 cmt esen vanilla
150ml air mineral
Untuk Coklat Fudge:
500g Coklat masak
150ml susu cair / whipping cream
1 cmt mentega
Cara-cara buat kek:
- Ayak semua bahan yang boleh diayak.
- Masukkan gula kastor.
- Gaul sebati.
- Buat lubang kat tengah-tengah, masukkan mentega, telur + esen vanilla. Putar sebati.
- Last sekali, masukkan air, putar lagi.
- Masukkan dalam loyang 9" bulat atau 2 biji loyang 7" bulat.
- Bakar 170 C selama 50 minit ~ 1 jam (ikut oven masing2)
Cara buat coklat fudge:
- potong coklat masak kecil-kecil.
- masukkan dalam periuk, tuang susu cair.
- double boil hingga coklat larut, masukkan mentega.
- sejukkan.
- Kalau guna whipping cream, pastikan panaskan whipping cream dulu baru masukkan coklat masak.
- Hias kek ikut suka. Kalau tambah coklat rice, badam cincang ke...harga tambah lg ye!
*** untuk student KP, pastikan anda ikut resepi dlm modul utk menjawab soalan kertas 7202 nanti!
Sunday, 22 April 2012
Aktiviti orang demam yang menjaga orang demam
Assalamualaikum! Saya tidak ke sekolah hari ini, tidak berapa sihat. Seharian saya menghabiskan masa di rumah, mengadap netbook saya. Belajar touch-up blog dengan Pak Lang saya Cikgu Ateh Salim hetamilas.blogspot.com secara online. Saya di Kulim, Pak Lang di Yong Peng, Johor. Walau jauh beribu-batu, kita tetap boleh berhubung dengan apa cara sekalipun. Tepuk meja, tanya hati masing-masing.
Nampaknya pelajaran pertama, bubuh caption pada gambar dah berjaya. Yang lain-lain dalam proses. Sambil-sambil tu, saya memantau anak saya yang bongsu Nurul Farhanah demam panas. Walaupun demam, dia aktif seperti orang yang sihat. Kanak-kanak yang demam perlu sentiasa dalam perhatian agar suhunya tidak terlalu tinggi, melebihi 38 C. Suhu begini akan menyebabkan berlakunya sawan. Memandangkan Farhana ada sejarah pernah diserang sawan, saya perlu sentiasa berjaga-jaga. Saya tidak lena tidur hingga ke subuh, akhirnya saya juga mendapat demam.

Ni dia budak yang demam
Selalunya demam Farhana meningkat panas selepas tengah malam. Jadi, petang tadi saya mencari daun durian belanda untuk menjaram Farhana. Ni petua orang dulu-dulu. Insya Allah, mudah-mudahan berhasil. Dapatlah ibu berehat malam ni ye adik.
![]() | |
Ini dia rupa Durian Belanda.
Saturday, 21 April 2012
LDP: Kursus Asas Solekan dan Ketrampilan Diri di Kolej Komuniti Sungai Petani pada 31 Mac 2012
Rentetan dari kata-kata Tuan Pengerusi dalam Mesyuarat Panitia MPV Daerah DKBB yang mahukan guru-guru berpenampilan menarik, Panitia Katering & Penyajian dan Majlis Staff SMK Lunas telah mengadakan satu kursus Asas Solekan dan Ketrampilan Diri untuk guru-guru dan Staf SMK Lunas. Seramai 13 orang guru dan staf SMK Lunas dan 3 orang guru dari SMK Tunku Panglima Besar telah menyertai kursus ini yang dijalankan pada 31 Mac 2012 dari jam 8.30 hingga 4.00 ptg.
Kursus ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu Bahagian ketrampilan diri dan Asas Solekan. Para peserta bertuah kerana kursus ini telah disampaikan sendiri oleh Puan Sobah Binti Abdul Hamid iaitu Pensyarah Kanan(Seni kecantikan dan dandanan diri). Para peserta juga berpeluang mencuba secara "hand-on" menyolek rakan-rakan sendiri.
| Kakak-kakak yang bersemangat! |
| Puan Sobah Binti Abd Hamid yg spotting! |
| Bersemangat nak buat amali. |
| Best betul masuk bilik terapi kecantikan ni. Hilang stress! |
| OOO mak oi! Banyaknya berus. |
| Seronok! Mcm budak-budak kecik dapat permainan baru. |
| Contoh warna pembayang mata yang sesuai untuk umur kita orang ni. |
| Kak Umai (CC SMK Lunas) menyampaikan cenderahati kepada pembantu Puan Sobah. |
| Cenderahati untuk Puan Sobah. Terima kasih daun keladi, nanti kami nak datang lagi! |
Subscribe to:
Posts (Atom)