Friday, 13 July 2012

Sesal tak sudah

Salam.
Sekarang ni dah masuk bulan Julai. Sepatutnya semua kerja-kerja PBS dah selesai time mcm ni. Tapi tahun ni tah kenapa macam ada yang tak kena? Bukan satu subject sahaja yang problem, tapi hampir semua subject yang ada PBS, cikgu-cikgi terpaksa kejar-mengejar anak-anak murid.

Bulan Ogos dah nak Trial Exam. Sebut tentang trial exam ni, saya teringat seorang student katering saya yang dulu. Ada sorang ni, mmg selalu skor A dalam katering. Selepas trial exam, dia jarang-jarang datang ke sekolah kerana katanya nak study sorang-sorang. Kawan-kawan di sekolah pula mendapat pelbagai latih-tubi tanpa letih.

Bila result SPM keluar, saya terkejut, dia dapat B+ sahaja untuk subject saya. Saya yang menangis tak sudah hingga ke saat ini. Saya sangat sayang kan dia dan amat mengharap dia dapat yang terbaik. Ibarat bercinta, separuh nyawa. Bila break, merana sesal tak sudah. Macam tu yang saya rasa. Dan saya merasakannya hingga ke saat ini. Saya masih mencari-cari di manakah silapnya.

Untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan SPM pada tahun ini, jangan sesekali nak memonteng selepas trial exam. Biasanya cikgu-cikgu akan dapat pelbagai tips dan soalan-soalan ramalan utk SPM. Jadi, datanglah ke sekolah untuk membuat latih-tubi soalan-soalan tersebut. Anda tak rugi, malah bertambah ilmu yang ada.

No comments:

Post a Comment