Sunday, 29 April 2012

Kek Coklat Moist (Modul P&P T5)


Ini Kek Coklat Moist untuk Cikgu Suzie (ganti kek aritu yg bantat). Saya bake siap-siap di rumah, kemudian menghiasnya di Bengkel Katering & Penyajian. Dok meralit tengok student buat Soto Ayam, tak sedar jam dah 1.20 ptg. Cepat-cepat saya cover coklat fudge atas kek, ambil masa 5 minit sahaja. Mmg x berapa cantik sbb nak cepat! Apa pun, Cikgu Suzie kata SEDAP!!!

Saya guna resepi dalam modul Katering Tingkatan 5. Cuma ubah suai krim coklat kepada resepi saya. (suka-suka ubah resepi). Resepinya macam ni:

Bahan-bahan:
200g tepung gandum
35g serbuk koko
1 1/2 cmt soda bikarbonat
1 cmt nescafe (x mau pun takpa)
270g mentega
300g gula kastor (saya guna gula perang, ubah resepi ikut suka jer)
6 biji telur ayam
1 cmt esen vanilla
150ml air mineral

Untuk Coklat Fudge:
500g Coklat masak
150ml susu cair / whipping cream 
1 cmt mentega

Cara-cara buat kek:
  • Ayak semua bahan yang boleh diayak. 
  • Masukkan gula kastor.
  • Gaul sebati.
  • Buat lubang kat tengah-tengah, masukkan mentega, telur + esen vanilla. Putar sebati.
  • Last sekali, masukkan air, putar lagi.
  • Masukkan dalam loyang 9" bulat atau 2 biji loyang 7" bulat.
  • Bakar 170 C selama 50 minit ~ 1 jam (ikut oven masing2)
sejukkan, baru dihias dengan coklat fudge.

Cara buat  coklat fudge:
  • potong coklat masak kecil-kecil. 
  • masukkan dalam periuk, tuang susu cair. 
  • double boil hingga coklat larut, masukkan mentega.
  • sejukkan.
  • Kalau guna whipping cream, pastikan panaskan whipping cream dulu baru masukkan coklat masak.
  • Hias kek ikut suka. Kalau tambah coklat rice, badam cincang ke...harga tambah lg ye!

*** untuk student KP, pastikan anda ikut resepi dlm modul utk menjawab soalan kertas 7202 nanti!

Sunday, 22 April 2012

Aktiviti orang demam yang menjaga orang demam

Assalamualaikum! Saya tidak ke sekolah hari ini, tidak berapa sihat. Seharian saya menghabiskan masa di rumah, mengadap netbook saya. Belajar touch-up blog dengan Pak Lang saya Cikgu Ateh Salim  hetamilas.blogspot.com secara online. Saya di Kulim, Pak Lang di Yong Peng, Johor. Walau jauh beribu-batu, kita tetap boleh berhubung dengan apa cara sekalipun. Tepuk meja, tanya hati masing-masing.


Nampaknya pelajaran pertama, bubuh caption pada gambar dah berjaya. Yang lain-lain dalam proses. Sambil-sambil tu, saya memantau anak saya yang bongsu Nurul Farhanah demam panas. Walaupun demam, dia aktif seperti orang yang sihat. Kanak-kanak yang demam perlu sentiasa dalam perhatian agar suhunya tidak terlalu tinggi, melebihi 38 C. Suhu begini akan menyebabkan berlakunya sawan. Memandangkan Farhana ada sejarah pernah diserang sawan, saya perlu sentiasa berjaga-jaga. Saya tidak lena tidur hingga ke subuh, akhirnya saya juga mendapat demam.

 Ni dia budak yang demam

Selalunya demam Farhana meningkat panas selepas tengah malam. Jadi, petang tadi saya mencari daun durian belanda untuk menjaram Farhana. Ni petua orang dulu-dulu. Insya Allah, mudah-mudahan berhasil. Dapatlah ibu berehat malam ni ye adik.



Ini dia rupa Durian Belanda.

Saturday, 21 April 2012

LDP: Kursus Asas Solekan dan Ketrampilan Diri di Kolej Komuniti Sungai Petani pada 31 Mac 2012

Rentetan dari kata-kata Tuan Pengerusi dalam Mesyuarat Panitia MPV Daerah DKBB yang mahukan guru-guru berpenampilan menarik, Panitia Katering & Penyajian dan Majlis Staff SMK Lunas telah mengadakan satu kursus Asas Solekan dan Ketrampilan Diri untuk guru-guru dan Staf SMK Lunas. Seramai 13 orang guru dan staf SMK Lunas dan 3 orang guru dari SMK Tunku Panglima Besar telah menyertai kursus ini yang dijalankan pada 31 Mac 2012 dari jam 8.30 hingga 4.00 ptg. Kursus ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu Bahagian ketrampilan diri dan Asas Solekan. Para peserta bertuah kerana kursus ini telah disampaikan sendiri oleh Puan Sobah Binti Abdul Hamid iaitu Pensyarah Kanan(Seni kecantikan dan dandanan diri). Para peserta juga berpeluang mencuba secara "hand-on" menyolek rakan-rakan sendiri.

Kakak-kakak yang bersemangat!
Puan Sobah Binti Abd Hamid yg spotting!
Bersemangat nak buat amali.
Best betul masuk bilik terapi kecantikan ni.
Hilang stress!
OOO mak oi! Banyaknya berus.
Seronok! Mcm budak-budak kecik dapat
permainan baru.
Contoh warna pembayang mata yang sesuai untuk
umur kita orang ni.
Kak Umai (CC SMK Lunas) menyampaikan cenderahati
kepada pembantu Puan Sobah.
Cenderahati untuk Puan Sobah.
Terima kasih daun keladi, nanti kami nak datang lagi!

Wednesday, 11 April 2012

Hasil Tangan Pelajar 5 Katering 2012

Cupcake
Cupcake


Bahulu Gulung



Kek Nenas Terbalik


Span Flan Buah-buahan

Makanlah dari sumber yang halal!

“Jika seorang pemuda beribadah maka Iblis berkata, ‘lihatlah darimana sumber makanannya, kalau ternyata sumber makanannya adalah dari yang haram maka biarkan saja dia beribadah dan tidak usah susah-susah menggodanya kerana dia sudah memperingan tugas kamu (teman-teman iblis/syetan).”(HR.Imam Al Baihaqi dalam kitabnya Syu’ab Al Iman)

Iblis tahu bahwa makanan haram akan membuat ibadah seseorang tertolak, jadi mereka tidak perlu lagi teruk-teruk menggodanya.

Maka carilah makanan dari yang sumber halal, jangan dari hasil rasuah, riba, mencuri, menipu, dan lain semacamnya

Saturday, 7 April 2012

Duhai hati yang merintih!

ALLAH menguji hambaNYA dengan dugaan & kenikmatan, di uji kita dgn ujian sehingga kadangkala kita rasa buntu menghadapi kehidupan..sabarlah wahai hati..ALLAH memilihmu kerana ingin dirimu dekat padaNYA..mudah-mudahan engkau diberi kekuatan kerana dengan ujian kau akan rasa manisnye kehidupan. INSYA ALLAH