Wednesday, 26 September 2012

Tips menjawab soalan prosedur kerja

Peperiksaan Percubaan SPM 2012 telah berlalu. Ramai pelajar saya yang masih belum menguasai bahagian B dan C.  Bagi soalan prosedur kerja (Bahagian B), kenalpasti prosedur kerja apakah yang ditanya oleh soalan. Di sini saya kongsikan bersama tips bagaimana untuk menjawab soalan ini (berdasarkan soalan memasak dan menghidang).



Untuk menjawab soalan “Prosedur Kerja”, ada beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, antaranya:

1.    Waktu hidangan

Hidangan
Waktu
Sarapan
7.30 pg -8.30 pg
Minum Pagi
10.00 pg – 10.30 pg
Brunch
10.30 pg – 11.30 pg
Makan Tengahari
12.00 tgt – 1.30 ptg
Minum Petang
4.00 ptg -6.00 ptg
Makan Malam
7.00 mlm – 8.00 mlm
Supper / Minum Malam
Selepas 10.00 mlm

2.    Peruntukan masa

a)    2 jam – untuk menu ringkas seperti menu sarapan, minum pagi, brunch, minum petang dan supper minum malam.
b)    3 jam – untuk menu yang banyak masakan seperti menu makan tengahari, makan malam dan menu hidangan keraian.

3.    Kehendak soalan

a)    Baca dan fahami kehendak soalan. Sesetengah soalan hanya mahukan seorang sahaja yang melakukan prosedur kerja dan ada juga soalan mehukan 2 orang membuat prosedur kerja.

b)    Contoh soalan:
                              i.        Anda dikehendaki membuat prosedur kerja bagi menu minum petang tersebut.

·         Ini bermaksud hanya SATU (1) sahaja prosedur kerja yang perlu dibuat.

                            ii.        Rancangkan prosedur kerja bagi anda dan rakan anda untuk menyiapkan menu tersebut.

·         Ini bermaksud anda perlu membuat DUA (2) prosedur kerja iaitu satu untuk anda dan satu lagi untuk rakan anda.
·         Bahagikan menu yang anda ingin rancangkan prosedur kerja, dan menu selebihnya akan dirancangkan prosedur kerja oleh rakan anda.
·         Masa untuk memulakan prosedur kerja bagi anda dan rakan anda adalah SAMA hanya masakan sahaja yang berlainan.

4.    Kaedah memasak

a)    Perhatikan senarai masakan dan tentukan kaedah memasak bagi setiap masakan.

b)    Mendahulukan prosedur kerja masakan yang mempunyai tempoh masa yang agak lama seperti mengukus, membakar, memanggang, merenih dan merendidih.

c)    Bagi masakan yang menggunakan kaedah memasak yang cepat seperti menggoreng, merebus, mencelur dan persediaan sejuk, prosedur kerja bagi masakan tersebut perlu dilakukan selepas prosedur kerja bagi menu yang menggunakan kaedah memasak yang menggunakan kaedah memasak yang memakan masa yang lama.

5.    Format

a)    Persediaan awal
·         Menyediakan bahan dan peralatan untuk memasak.

b)    Peruntukan masa
·         Masa mula dan masa akhir
·         Kesesuaian tempoh masa
·         Masa yang berurutan

c)    Catatan masakan
·         Mencatat semua masakan
·         Memasak ikut urutan yang sesuai dgn kaedah memasak
·         Membuat penerangan ringkas

d)    Menghias dan menghidang

e)    Mengemas dan mencuci meja unit
·         Mencuci peralatan memasak
·         Mengemas dan menyimpan peralatan memasak yang telah digunakan.
·         Menyapu dan mop lantai
·         Membuang sampah

No comments:

Post a Comment