Nampaknya pelajaran pertama, bubuh caption pada gambar dah berjaya. Yang lain-lain dalam proses. Sambil-sambil tu, saya memantau anak saya yang bongsu Nurul Farhanah demam panas. Walaupun demam, dia aktif seperti orang yang sihat. Kanak-kanak yang demam perlu sentiasa dalam perhatian agar suhunya tidak terlalu tinggi, melebihi 38 C. Suhu begini akan menyebabkan berlakunya sawan. Memandangkan Farhana ada sejarah pernah diserang sawan, saya perlu sentiasa berjaga-jaga. Saya tidak lena tidur hingga ke subuh, akhirnya saya juga mendapat demam.
Ni dia budak yang demam
Selalunya demam Farhana meningkat panas selepas tengah malam. Jadi, petang tadi saya mencari daun durian belanda untuk menjaram Farhana. Ni petua orang dulu-dulu. Insya Allah, mudah-mudahan berhasil. Dapatlah ibu berehat malam ni ye adik.
![]() | |
Ini dia rupa Durian Belanda.

Selamat maju jaya.....hehehe !
ReplyDeleteTima kasih Pak Lang. tp (ada juga tp nya) kenapa tulisan kat atas tu tetiba jadi kecik ek?
ReplyDelete