Alhamdulillah! Itu saja yg mampu cikgu ucapkan disaat dpt khabar berita tentang keputusan pelajar Katering & Penyajian SMP 2011. Ketika itu, cikgu, Cikgu Zuraida dan Cikgu Azila (GC KHB) berada di UniKL kerana mengendalikan jamuan.
Keputusan 7202 Katering & Penyajian dalam SPM 2011 menunjukkan peningkatan dalam kualiti (GP 2.67) jika dibandingkan dengan tahun lalu (GP 3.15). Nampaknya untuk SPM tahun ini, cikgu terpaksa berusaha dgn lebih kuat lagi untuk mengekalkan GP tersebut ataupun dptkan yg lebih baik daripada itu.
Cikgu berharap pelajar-pelajar yang sudah mengambil slip keputusan SPM, bijaklah dalam membuat pilihan untuk meneruskan kehidupan anda selepas ini. Cikgu hanya boleh memberikan panduan sahaja.
No comments:
Post a Comment